- Lain-lain
车讯情报未来十年,谁是豪华品牌第二阵营领头
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong menolak tuduhan tidak berasas yang dibuat oleh wakil Amerika Syarikat (AS) terhadap China mengenai isu Laut China Selatan (LCS) semasa perbahasan terbuka Majlis Keselamatan PBB bertemakan "Menggalakkan Keamanan dan Keselamatan Antarabangsa melalui Multilateralisme dan Penyelesaian Konflik Secara Aman" pada Selasa.
Fu menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan ke atas kepulauan dan perairan bersebelahan di LCS.
Beliau menyatakan bahawa dengan kerjasama negara-negara ASEAN, keadaan di rantau ini kekal stabil dan tidak wujud sebarang masalah berkaitan kebebasan pelayaran dan penerbangan.
Dalam pada itu beliau turut mengkritik AS kerana tidak menyertai Konvensyen PBB mengenai Undang-Undang Laut, namun sering bertindak seolah-olah sebagai hakim konvensyen tersebut.
Beliau juga mengecam tindakan AS yang menempatkan senjata ofensif dan menjalankan risikan serta latihan ketenteraan berskala di kawasan itu, yang dianggap sebagai pencabulan terhadap wilayah udara dan perairan China.
Katanya, pendirian China dalam is LCS adalah tetap dan jelas iaitu tidak mengiktiraf, tidak menerima apa yang disebut "keputusan kes timbang tara" mahupun sebarang tuntutan dan tindakan yang berdasaran "keputusan" terbabit.
- Rondaan CCG di Laut China Selatan adalah Sah: MFA
- China Tekankan Lagi Rundingan di Sebalik Provokasi Filipina
- Filipina Didesak Hentikan Tindakan Cabuli Kedaulatan China
- Wang Yi Hurai Pendirian China dalam Isu Laut China Selatan
- China Komited Tangani Masalah Laut Melalui Dialog
- Lautan Bukanlah Medan Perang Politik - Kementerian Luar China
- Korea Selatan Digesa Bertindak Wajar dan Teliti dalam Isu Taiwan, LCS
- China akan Bertindak Tegas Bela Hak dan Kepentingan Diri
- Sarjana Britain Buktikan Kedaulatan China terhadap LCS
- Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi